30.7.10
Enjet-enjet Semut
Sudahkah kawan-kawan menonton video Enjet-enjet Semut?
Kelakarkan?
Kami telah menonton video ini semasa pelajaran Bahasa Melayu kami. Saya amat tertarik sekali dengan lagu ini kerana ia begitu kreatif dan juga memberitahu orang ramai mengenai kehidupan orang Melayu yang begitu menghargai ketenangan dan juga budi pekerti.
Selepas menonton video ini, cikgu telah menyuruh kami menyumbang saran sifat-sifat orang Melayu yang positif seperti :
- berbudi-bahasa
- lemah-lembut
- suka bergotong-royong
- sabar
- pemurah
- baik hati
dan banyak lagi.
Kami bangga sekali kerana kami anak Melayu!
Mengapa cikgu?
Cikgu, mengapakah murid-murid sekarang susah sekali bertutur dalam Bahasa Melayu?
Cikgu, mengapakah orang-orang Melayu sering bertutur dalam Bahasa Inggeris?
Cikgu, indahkah bahasa ibunda kita ini?
Soalan-soalan yang pernah kami dengar di dalam kelas Bahasa Melyu kami.
Kami anak Melayu dan kami bangga sekali dengan Bahasa Melayu. Kalau hendak dibandingkan dengan subjek-subjek lain, matapelajaran Bahasa Melayulah subjek yang kami gemari.
Kami pernah bertanyakan cikgu kami adakah pada masa dahulu, Bahasa Melayu sama seperti hari ini? Cikgu mengatakan dahulu, Sebutan Baku tidak diambil berat tetapi pada hari ini, Baku merupakan sebutan yang dikatakan harus penggunaannya. Cikgu mengatakan dia teringat mengenai penulisan surat kepada gurnya. Eh, kami tidak pula belajar penulisan surat. Sekrangkan zaman canggih, emel lah cikgu!
Balik kepada soalan asal kami, murid-murid sekrang merasakan subjek-subjek lain amatlah penting. Bahasa Melayu mudah sekali, tetapi mudah pun mudah tetapi markah bukan cemerlang pun. Itulah di rumah dan bersama kawan-kawan, mereka tidak latihkan diri bertutur dalam bahasa Melayu tetapi untuk kelihatan 'cool' kononnya, Bahasa Inggeris menjadi pilihan.
Kami tidak tahu apa pendapat kawan-kawan...tetapi yang kami tahu
WE...eh
KAMI CINTA BAHASA MELAYU!
Hidup Melayu!
27.7.10
Lagenda Kita Dihidupkan Semula...
Apakah itu lagenda? Semasa guru memulakan pelajaran mengenai topik ini, saya tertarik sekali. Ini mesti mengenai cerita-cerita zaman lampau!
Ternyata, saya tidak salah. Banyak cerita-cerita yang telah saya pelajari dari cerita-cerita seperti, Si Tanggang, Singapura Dilanggar Todak, Radin Mas dan lain-lain lagi. Saya suka cerita-cerita sebegini kerana kami , dari generasi yang moden , dapat tahu sedikit sebanyak tentang orang yang tinggal pada dahulu kala . Selain itu, kami dapat pelajaran dari lagenda-lagenda ini seperti , sabar dalam segala urusan dan tidak perlunya berasa malu dengan asal usul kita. Saya rasa kehidupan dahulu kala lagi payah daripada kehidupan yang begitu moden pada masa kini. Saya juga rasa bahawa kitajuga harus berterima kasih atau bersyukur dengan apa yang kami dapat pada zaman sekarang.
Sebagai aktiviti tambahan untuk topik ini, cikgu telah memberikan kami peluang menonton cerita Hang Tuah lakonan P Ramlee dan Saadiah.
Kami juga telah meminta cikgu agar memberikan kami peluang untuk mengubah suai cerita itu. Bagaimanakah hasilnya? Tunggu ya kawan-kawan kerana cerita-cerita lagenda yang kami ubah suai amat menarik sekali dan ternyata ada yang lucu sekali. Sabar ya...saya pasti akan selitkan beberapa rekaan kreatif di dalam entri yang seterusnya...

26.7.10
Hari Keharmonian Kaum + Meraikan Kedatangan Pelajar-pelajar dari Dali
Sekolah kami telah menyambut Hari Keharmonian Kaum lebih awal dari biasa. Ini adalah kerana kami telah mengundang murid-murid dari sebuah sekolah di Dali City, China untuk meraikan bersama-sama kami.
Kami telah digalakkan untuk memakai pakaian tradisional pada hari itu. Ada yang memakai baju kurung, sari, cheongsam dan ada pula yang memakai han bok! Sungguh seronok sekali hari itu kerana kami juga telah membawa makanan-makanan orang-orang Melayu, India dan Cina untuk berkongi di dalam kelas. Jangan takut, halal! Murid-murid dari negeri China pula telah berkongsi budaya mereka melalui pelbagai persembahan yang menakjubkan seperti wushu, tarian Cina dan juga nyanyian lagu tradisional mereka. Kami rasa begitu terhibur sekali!
19.7.10
Songket - Warisan Kita
Kain Songket atau kain kahwin-kahwin. *heheh* Betulkan kain songket selalunya dipakai oleh raja sehari?
Sebenarnya kami sekelas baru sahaja membuat diskusi mengenai songket semasa kelas Bahasa Melayu. Di Malaysia , kain songket adalah suatu seni yang amat dihargai. Ia adalah tenunan kain tradisional yang cantik. Songket ditenun dengan tangan dengan menggunakan benang-benang emas atau perak . Ia mengambil masa beberapa hari untuk membuat corak biasa tetapi untuk corak yang halus, ia memerlukan masa yang lebih dari seminggu. Songket bukan saja dibuat untuk baju tetapi juga dibuat untuk menghasilkan perhiasan seperti beg tangan dan bunga .Harganya pula mahal kerana prosesnya agak payah .
Mari kawan-kawan kita nikmati lagu yang dinyanyikan Kartina Dahari ini.

17.7.10
Lensa Bahasa
Semalam, guru-guru kami telah mengejutkan kami dengan berita yang amat baik. Klip video yang telah kami hasilkan bersama murid-murid dari Darjah 5 telah dipilih sebagai pemenang. Walaupun kami belum diberitahu mengenai kedudukannya, kami rasa begitu gembira sekali.
Pagi tadi, kami telah ke Bishan MOELC. Sementara menunggukan keputusan, kami telah dapat menonton beberapa sekolah beraksi dalam pelbagai peraduan serta menonton klip-klip video yang telah berjaya ke peringkat akhir. Kami diberitahu bahawa lebih dari 100 klip video telah dihantarkan.
Semasa pengumuman kedudukan, hati kami berdebar-debar sekali! Kami berjaya mendapat TEMPAT KEDUA! Kami begitu gembira sekali!
Sekolah kami telah mendapat empat buah hamper yang berisi kamera , speaker dan juga pemain DVD. Saya berasa amat bangga sekali kerana saya tidak sangka kemenangan ini. Kemenangan ini semuanya atas sokongan guru-guru kami yang telah banyak membimbing kami. Saya berharap saya akan dapat menyertai lebih banyak pertandingan lagi agar saya dapat membawa kemenangan yang lebih besar kepada PEPS.
16.7.10
Permainan-permainan Bahasa
Di dalam kelas Bahasa Melayu kami ada banyak aktiviti yang dilakukan.
Aktiviti yang paling menarik adalah permainan-permainan bahasa. Permainan-permainan ini ada bermacam-macam cara. Ada yang berbentuk teka-teki, 'puzzle', isi tempat kosong dan bermacam-macam lagi. Seronok sekali bermain permainan-permainan ini kerana cikgu kami akan menukar cara persembahannya seperti menggunakan butang-butang telefon, slaid-slaid powerpoint dan juga morse code!
Kami selalu bermain secara kumpulan. Kumpulan-kumpulan kami mempunyai nama-nama yang unik. Pada Penggal Pertama, kumpulan-kumpulan bertemakan filem-filem hantu seperti Zombi Kampung Pisang, Jangan pandang Belakang dan lain-lain. Pada Penggal Kedua, kami telah memilih tajuk-tajuk lagu Melayu sebagai tema.
Permainan yang saya gemari adalah permainan yang menguji Seerti/Seiras dan juga pantun teka-teki. Saya suka permainan ini kerana kadang-kala, cikgu Bahasa Melayu saya akan memberi setiap kumpulan sebuah papan tulis kecil dan pena penanda untuk menulis jawapan. Walauun permainan ini begitu seronok dan sering membuat kumpulan-kumpulan di kelas kami 'bergaduh' untuk meraih pelekat, banyak sekali perkataan -perkataan baru yang telah kami pelajari. Ada perkataan yang kami sangka tidak pernah wujud atau jarang sekali digunakan kini digunakan di dalam kelas.
Saya berharap cikgu saya akan sering adakan Permainan Bahasa ini lagi. Bolehkan cikgu?
- Nur Ain

14.7.10
Sayembara Puisi 2010 - Pusingan Saringan
Semalam , Cikgu Norfidah serta Cikgu Kasidah telah memilih 4 orang untuk mewakili Darjah 4 untuk peraduan syair di Sayembara Puisi 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Seramai 7 orang telah bertanding di pusingan saringan yang diadakan. Semua peserta begitu hebat sekali sehinggakan kami sendiri berasa susah untuk membuat pilihan.Syabas, kami ucapkan kepada wakil-wakil kelas kami iaitu; Al-Qayyum, Matin dan juga Hafeeq. Kelas Cikgu Norfidah pula akan diwakili oleh Haleem yang akan menyanyikan syair yang bertajuk 'Singapura Dilanggar Todak'.
Saya telah menemuramah dua orang peserta setelah selesai pusingan saringan. Salah satu wakil yang berjaya ke peringkat akhir adalah Al-Qayyum . Dia mengatakan bahawa dia rasa begitu gembira kerana dia dapat membayang dirinya seperti seorang idola. Qayyum berharap agar rakan-rakannya akan memberikan sokongan kepadanya pada minggu hadapan.
Seorang peserta yang tidak dapat ke peringkat akhir juga telah sempat saya menemuramah. Haney mengatakan dia berasa sungguh gementar sebelum dia bersyair di depan khayalak ramai tetapi selepas itu, dia telah mengatasi perasaannya itu. Haney berasa sedikit sedih kerana tidak dapat masuk ke peringkat akhir . Namun demikian, dia juga mengatakan bahawa dia telah mendapat peluang emas untuk menunjukkan bakatnya kepada rakan sekelasnya . Dia seorang yang berani dan dia mengatakan bahawa dia suka akan cabaran.
Oleh itu kawan-kawan, bolehlah kita pelajari satu sifat yang mulia dari Haney. Kemenangan itu manis tetapi yang penting adalah sikap tidak putus asa apabila kita kalah. Teruskan usaha dan saya pasti suatu hari akan berjaya juga!

8.7.10
K4
Di dalam kelas Bahasa Melayu kami, cikgu sering mengadakan pelbagai aktiviti menarik.
Di antaranya ialah K4. Apakah itu K4? K4 ialah Kongsi Kegemaran Bersama Kawan-kawan.
K4 sering diadakan di dalam kelas kami. Kawan-kawan kami selalunya bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk aktiviti ini. Pada pandangan saya , K4 adalah satu-satunya aktiviti yang telah memberi banyak faedah kepada kami semua . Contohnya, kami dapat menyediakan cara penyampaian yang lebih yakin dengan berkongsi mengenai perkara-perkara yang kami gemari bersama rakan-rakan sekelas kami.
Melalui aktiviti ini, saya percaya kami berasa lebih yakin terutama sekali apabila dipilih untuk mempersembahkan sesuatu di khayalak ramai.
Apabila saya dipilih untuk berkongsi barang yang saya hargai bersama rakan-rakan sekelas saya, saya berasa sangat gembira dan besar hati kerana akhirnya saya dapat memberitahu kawan sekelas saya apakah barangan yang amat saya hargai.
Saya rasa aktiviti ini harus diadakan dengan lebih kerap lagi. Selain daripada memupuk keyakinan pada diri saya, saya juga dapat mengenali kawan-kawan dengan lebih rapat. Setiap kali aktiviti ini dijalankan di dalam kelas, saya rasa terhibur sekali dan saya pasti kawan-kawan saya rasa begitu juga.
~ Nafisah

5.7.10
Cintailah Bahasa...
Cikgu telah memainkan video ini semasa pelajaran Bahasa Melayu hari ini. Kami amat tertarik sekali dengan melodi serta lirik lagu ini. Ramai di antara kawan-kawan saya yang menyanyikan lagu ini dengan penuh semangat. Agak kelakar juga kerana mereka begitu bersungguh-sungguh mendendangkan lagu ini.
Namun, cikgu mengingatkan kami bahawa Bahasa Melayu harus dipelihara dan dipertingkatkan senantiasa. Kamilah pewaris bahasa (kata cikgu) ...
3.7.10
Pertandingan Blogging?
Salam semua!
Selamat datang ke alam maya kami ...
Inilah pertama kali kami blog bersama. Kami berasa ghairah sekali apabila diberitahu oleh cikgu bahawa beliau telah memilih kami untuk memasuki Pertandingan Blogging anjuran beberapa organisasi Melayu Singapura sempena Bulan Bahasa. Terus terang kami katakan bahawa kami tidak sedar Bulan Bahasa telah pun bermula!
Mari kawan-kawan, kita bertutur dalam bahasa ibunda kita dengan lebih yakin!

Subscribe to:
Posts (Atom)