26.7.10
Hari Keharmonian Kaum + Meraikan Kedatangan Pelajar-pelajar dari Dali
Sekolah kami telah menyambut Hari Keharmonian Kaum lebih awal dari biasa. Ini adalah kerana kami telah mengundang murid-murid dari sebuah sekolah di Dali City, China untuk meraikan bersama-sama kami.
Kami telah digalakkan untuk memakai pakaian tradisional pada hari itu. Ada yang memakai baju kurung, sari, cheongsam dan ada pula yang memakai han bok! Sungguh seronok sekali hari itu kerana kami juga telah membawa makanan-makanan orang-orang Melayu, India dan Cina untuk berkongi di dalam kelas. Jangan takut, halal! Murid-murid dari negeri China pula telah berkongsi budaya mereka melalui pelbagai persembahan yang menakjubkan seperti wushu, tarian Cina dan juga nyanyian lagu tradisional mereka. Kami rasa begitu terhibur sekali!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
cantik juga gambar kelas 4A bahasa melayu ini :)
Post a Comment