16.7.10

Permainan-permainan Bahasa

Di dalam kelas Bahasa Melayu kami ada banyak aktiviti yang dilakukan.

Aktiviti yang paling menarik adalah permainan-permainan bahasa. Permainan-permainan ini ada bermacam-macam cara. Ada yang berbentuk teka-teki, 'puzzle', isi tempat kosong dan bermacam-macam lagi. Seronok sekali bermain permainan-permainan ini kerana cikgu kami akan menukar cara persembahannya seperti menggunakan butang-butang telefon, slaid-slaid powerpoint dan juga morse code!

Kami selalu bermain secara kumpulan. Kumpulan
-kumpulan kami mempunyai nama-nama yang unik. Pada Penggal Pertama, kumpulan-kumpulan bertemakan filem-filem hantu seperti Zombi Kampung Pisang, Jangan pandang Belakang dan lain-lain. Pada Penggal Kedua, kami telah memilih tajuk-tajuk lagu Melayu sebagai tema.

Permainan yang saya gemari adalah permainan yang menguji Seerti/Seiras dan juga pantun teka-teki. Saya suka permainan ini kerana kadang-kala, cikgu Bahasa Melayu saya akan memberi setiap kumpulan sebuah papan tulis kecil dan pena penanda untuk menulis jawapan. Walauun permainan ini begitu seronok dan sering membuat kumpulan-kumpulan di kelas kami 'bergaduh' untuk meraih pelekat, banyak sekali perkataan -perkataan baru yang telah kami pelajari. Ada perkataan yang kami sangka tidak pernah wujud atau jarang sekali digunakan kini digunakan di dalam kelas.

Saya berharap cikgu saya akan sering adakan Permainan Bahasa ini lagi. Bolehkan cikgu?

- Nur Ain


1 comments:

Unknown said...

makanannya sedap tak?

Post a Comment