Di antaranya ialah K4. Apakah itu K4? K4 ialah Kongsi Kegemaran Bersama Kawan-kawan.
K4 sering diadakan di dalam kelas kami. Kawan-kawan kami selalunya berse
Melalui aktiviti ini, saya percaya kami berasa lebih yakin terutama sekali apabila dipilih untuk mempersembahkan sesuatu di khayalak ramai.
Apabila saya dipilih untuk berkongsi barang yang saya hargai bersama rakan-rakan sekelas saya, saya berasa sangat gembira dan besar hati kerana akhirnya saya dapat memberitahu kawan sekelas saya apakah barangan yang amat saya hargai.
Saya rasa aktiviti ini harus diadakan dengan lebih kerap lagi. Selain daripada memupuk keyakinan pada diri saya, saya juga dapat mengenali kawan-kawan dengan lebih rapat. Setiap kali aktiviti ini dijalankan di dalam kelas, saya rasa terhibur sekali dan saya pasti kawan-kawan saya rasa begitu juga.
~ Nafisah