27.7.10

Lagenda Kita Dihidupkan Semula...

Apakah itu lagenda? Semasa guru memulakan pelajaran mengenai topik ini, saya tertarik sekali. Ini mesti mengenai cerita-cerita zaman lampau!

Ternyata, saya tidak salah. Banyak cerita-cerita yang telah saya pelajari dari cerita-cerita seperti, Si Tanggang, Singapura Dilanggar Todak, Radin Mas dan lain-lain lagi. Saya suka cerita-cerita sebegini kerana kami , dari generasi yang moden , dapat tahu sedikit sebanyak tentang orang yang tinggal pada dahulu kala . Selain itu, kami dapat pelajaran dari lagenda-lagenda ini seperti , sabar dalam segala urusan dan tidak perlunya berasa malu dengan asal usul kita. Saya rasa kehidupan dahulu kala lagi payah daripada kehidupan yang begitu moden pada masa kini. Saya juga rasa bahawa kitajuga harus berterima kasih atau bersyukur dengan apa yang kami dapat pada zaman sekarang.

Sebagai aktiviti tambahan untuk topik ini, cikgu telah memberikan kami peluang menonton cerita Hang Tuah lakonan P Ramlee dan Saadiah.


Kami juga telah meminta cikgu agar memberikan kami peluang untuk mengubah suai cerita itu. Bagaimanakah hasilnya? Tunggu ya kawan-kawan kerana cerita-cerita lagenda yang kami ubah suai amat menarik sekali dan ternyata ada yang lucu sekali. Sabar ya...saya pasti akan selitkan beberapa rekaan kreatif di dalam entri yang seterusnya...

3 comments:

Unknown said...

Saya suka video ini.

Unknown said...

saya pun suka video ini

Unknown said...

Saya suka video Hang Tuah kerana ia sangat menarik untuk ditontonkan.

Post a Comment