14.7.10

Sayembara Puisi 2010 - Pusingan Saringan

Semalam , Cikgu Norfidah serta Cikgu Kasidah telah memilih 4 orang untuk mewakili Darjah 4 untuk peraduan syair di Sayembara Puisi 2010 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Seramai 7 orang telah bertanding d
i pusingan saringan yang diadakan. Semua peserta begitu hebat sekali sehinggakan kami sendiri berasa susah untuk membuat pilihan.Syabas, kami ucapkan kepada wakil-wakil kelas kami iaitu; Al-Qayyum, Matin dan juga Hafeeq. Kelas Cikgu Norfidah pula akan diwakili oleh Haleem yang akan menyanyikan syair yang bertajuk 'Singapura Dilanggar Todak'.

Saya telah menemuramah dua orang peserta setelah selesai pusingan saringan. Salah satu wakil yang berjaya ke peringkat akhir adalah Al-Qayyum . Dia mengatakan bahawa dia rasa begitu gembira kerana dia dapat membayang dirinya seperti seorang idola. Qayyum berharap agar rakan-rakannya akan memberikan sokongan kepadanya pada minggu hadapan.

Seorang peserta yang tidak dapat ke peringkat akhir juga telah sempat saya menemuramah. Haney mengatakan dia berasa sungguh gementar sebelum dia bersyair di depan khayalak ramai tetapi selepas itu, dia telah mengatasi perasaannya itu. Haney berasa sedikit sedih kerana tidak dapat masuk ke peringkat akhir . Namun demikian, dia juga mengatakan bahawa dia telah mendapat peluang emas untuk menunjukkan bakatnya kepada rakan sekelasnya . Dia seorang yang berani dan dia mengatakan bahawa dia suka akan cabaran.

Oleh itu kawan-kawan, bolehlah kita pelajari satu sifat yang mulia dari Haney. Kemenangan itu manis tetapi yang penting adalah sikap tidak putus asa apabila kita kalah. Teruskan usaha dan saya pasti suatu hari akan berjaya juga!

0 comments:

Post a Comment